Wanit̷a dip̷uk̷ul s̷uami hingg̷a kom̷a bak̷al bers̷alin, adik ded̷ah risiko2 perl̷u diterim̷a

Kisah seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada pertengahan tahun ini dimaklumkan bakal melahirkan zuriat pertamanya tidak lama lagi.

Jahidah Nordin yang kini berada dibawah jagaan keluarganya telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.

Doktor beritahu risiko2
Menerusi TikTok adik kepada wanita itu, kakaknya sedang menanti hari untuk bersalin selepas kandungannya mencecah usia 9 bulan.

Namun, dalam perkongsian terbaru @zaihzara15, mereka sekeluarga berasa hiba selepas doktor memaklumkan beberapa kemungkinan yang akan terjadi ketika kakaknya bersalin nanti.

KLIK VIDEO DISINI

https://www.tiktok.com/@ziahzara15

@ziahzara15 Doakan aku kuat ..kakak selamat..sihat .baby sihat..Aamiin ..#ziahzara #pregnant #mangsaderasuamidayus #Lumpuh #koma #wadbersalin🤭 ♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹

Menerusi kapysen yang disertakan @ziahzara15, dia menyatakan yang ada beberapa risiko yang perlu ditanggung seperti respiratory distress, pendarahan, cardiac arrest dan juga kematian.

Perkembangan terkini Jahidah
Pastinya berita itu membuatkan mereka berasa risau kerana tidak lama lagi tarikh Jahidah akan melahirkan akan tiba. Setakat ini, adiknya kerap memuat naik perkembangan terkini wanita tersebut yang masih lagi separa sedar dengan kondisi terbaring sahaja di atas katil.

https://www.tiktok.com/@ziahzara15

@ziahzara15 insyaAllah..semua baik² saja..#mangsaderasuamidayus #pregnant #ziahzara #braindamage ♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹

Semoga semua urusan dipermudahkan
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Jahidah dipermudahkan dan berharap agar keajaiban berlaku supaya dia sihat seperti sedia kala.

Mereka juga turut meminta ahli keluarga terus kuat menempuhi dugaan hebat ini dan reda dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Reda dengan apa jua keadaan

Semoga akak kuat hadapi ini semua

Sumber: TikTok @ziahzara15 via oohmediacc

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini