(Video) Tak T4han Kena ‘Kacau’, Ab4ng Lori Ni Nekad Terjah ‘Benda’ Y4ng Mengetuk Lorinya

Menjadi seorang pemandu lori bukannya mudah, banyak yang perlu dilalui terutama apabila bertugas di waktu malam. Bukan saja perlu berhati-hati dengan manusia yang berniat jahat tetapi mereka juga kadang kala terpaksa menghadapi situasi diganggu oleh makhluk ghaib.

Keadaan tersebut biasanya berlaku apabila mereka berhenti rehat di tepi jalan yang sunyi atau di sekitar kawasan hutan selepas menempuh perjalanan yang panjang.

Jika ada kelindan yang menemani di sebelah, mungkin perasaan takut akan hilang tetapi kebiasaannya ramai juga pemandu lori yang memandu seorang diri.

Bercakap mengenainya, semalam telah tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang pemandu lori diganggu semasa sedang berehat di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @gagakdirimbareal itu, lorinya dipercayai telah diketuk berkali-kali sehingga membuatkannya merasa geram.

“Mula-mula seram, lama-lama baran jugak dibuatnya,” katanya menerusi kapsyen di video itu.

@gagakdirimbareal mula² seram, lama² baran jugak dibuatnye! 😡 #kisahseramabanglori #abanglori #tiktoktruckers #foryoupage #seram #fyp ♬ bunyi asal – Gagak Dirimba Real

Dia dilihat memberanikan diri turun dari lorinya untuk melihat ‘pelaku’ yang menganggunya. Pun begitu, tiada satu kelibat pun yang kelihatan ketika itu.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan dan dibanjiri dengan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Sumber: gagakdirimbareal via https://word.baby/

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini