“U dalam tempoh ni, kalau boleh janganlah buka hati u dulu untuk orang lain ye” Shuk cuba pujuk istri

Keretakan hubungan rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera bukan lagi rahsia apabila kisah mereka pernah beberapa kali mendapat liputan media. Malah, wujud orang ketiga yang dikatakan menjadi punca perbalahan pasangan ini.

Namun, adakah perkongsian terbaru Rossa di IG petanda mereka berdua bakal bersatu semula? Rossa dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada Shuk berserta emoji love dan menceritakan anak-anaknya iaitu Ain dan Amy turut gembira.

Dah berbaik semula?

Menerusi semakan, Rossa menerusi Instastory sempat berkongsi beberapa tangkap layar mesej daripada seorang individu yang dipercayai Shuk Sahar. Mesej itu memberi gambaran invididu tersebut memohon maaf atas apa yang terjadi kepadanya dan meminta peluang supaya mereka kembali bersatu.

I minta maaf. Masih ada peluang ke untuk kita bersatu balik? You dalam tempoh ini. Kalau boleh jangan lah buka hati you dulu untuk orang lain ye.

Mengulas lebih lanjut, individu berkenaan sekali lagi memohon maaf jika permintaannya dianggap ‘keterlaluan’ dan meminta supaya Rossa tidak melayan individu yang tidak dikenali.

I minta maaf kalau apa i minta ini macam selfish (pentingkan diri). By the way, jangan makin cantik sangat. Jangan nak melayan direct message orang.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Sumber : Rossa.Sera / 0hbulann via pisangpanas

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini