‘Terima kasih rakyat Malaysia atas doanya’ – Elyana

Kuala Lumpur: Penyanyi Elyana, 34, yang kini bebas dan sudah pulih daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya perlu menjalani rawatan susulan seperti kemoterapi dan juga pemindahan tulang sum-sum.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal dihubungi baru-baru ini, berkata dia perlu menjalani kira-kira empat hingga enam kali lagi rawatan kemoterapi bagi memastikan akar sel-sel kanser di dalam badannya betul-betul mati.

“Memang ada rawatan susulan yang kena buat seperti saya ada empat sesi kemoterapi atau tambah dua lagi menjadi enam sesi dengan dos ubat yang berbeza sebab doktor kata dia beri yang lebih kuat.

“Ia bagi memastikan akar-akar sel kanser itu betul-betul mati. Jadi, selepas itu saya akan buat ‘scan’ semula untuk tengok macam mana keadaan dalam badan, dan doktor juga rancang nak buat pemindahan tulang sum-sum (stemcell transplant),” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elyana, apapun pemindahan tulang sum-sum itu bergantung kepada keadaan. Namun, kini dia sangat bersyukur ke hadrat Yang Esa kerana keajaiban diimpikan untuk kembali sihat selama ini sudah menjadi kenyataan.

“Selain keluarga, kenalan rapat, sahabat dan peminat yang banyak memberi semangat untuk saya terus kuat berjuang melawan penyakit ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan juga kepada semua rakyat Malaysia yang sudah mendoakan kesihatan saya.

“Kalian semua adalah rakyat Malaysia yang sangat prihatin. Saya berterima kasih sangat-sangat kerana ini bab-bab kebaikan yang kita kena pandang dan ambil peduli sebab bukan senang nak minta orang doakan kita,” katanya.

Penyanyi lagu Kalis Rindu dan Tak Tercapai Akalmu ini berkata dia juga berharap segala doa baik-baik sudah dikirimkan kepadanya itu akan berbalik semula kepada mereka semua yang mendoakannya selama ini.

Pada Selasa lalu, Elyana yang sudah 11 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat menerima berita gembira daripada doktor yang memaklumkan dia kini bebas dan sudah pulih dari penyakit dideritai itu.

Selain keluarga, Elyana turut berkongsi berita berkenaan dalam satu hantarannya di Instagram pada awal pagi Rabu lalu untuk pengetahuan pengikut dan peminatnya yang tidak putus memberi semangat serta sentiasa mendoakannnya.

Elyana yang pernah aktif sebagai pelakon, bernikah dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 11, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani, kini berusia dua tahun.\

sumbER:HM

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini