Si ibu masih k0m4, bayi merag4m terus senyap bila let4k di sebel4h

Bagi mereka yang mengikuti kisah mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin, pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu.

Terbaharu, adik mangsa Fauziah Nordin yang aktif mengemas kini perkembangan anak beranak tersebut melalui media sosial sekali lagi menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Fauziah memuat naik satu video memaparkan bayi lelaki itu, J Eshan Nufail dikatakan meragam namun hilang tangisan selepas diletakkan di sisi ibu yang masih terlantar koma di atas katil.

KLIK VIDEO SINI: https://www.tiktok.com/@ziah_zara11

@ziah_zara11 rindu ibu rupanya..😊#mangsaderasuamidayus #braindamage #babyajaib #ziahzara #eshannufail ♬ suara asli – pisces,,85

Menurut Fauziah, bayi mesra dipanggil Nufail itu terus lena apabila berada di sebelah ibunya yang sudah tidak sedarkan diri sejak tahun lalu akibat kecederaan parah selepas disyaki dibelasah oleh suami.

“Nufail meragam tadi. Bila letak tepi ibu, lena dia tidur. Rindu ibu rupanya. Nufail nak peluk ibu ye, ibu tak boleh lagi.

“Mummy (gelaran Fauziah) yang akan peluk Nufail selalu, pengganti ibu. Walaupun mummy bukan ibu kandung,” tulisnya dalam video berdurasi hampir seminit itu.

https://www.tiktok.com/@ziah_zara11

@ziah_zara11 Hujung minggu Nufail dan ibu ..🥰#braindamage #mangsaderasuamidayus #eshannufail #babyajaib #ziahzara #bedridden ♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

Selain video berkenaan, terdapat beberapa lagi posting mengundang rasa sebak warganet yang bersimpati dengan penderitaan dihadapi mangsa berusia 43 tahun itu.

https://www.tiktok.com/@ziah_zara11

@ziah_zara11 sayang Adelia .terima kasih selalu tolong mummy…#ziahzara #adeliazara #family ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Terdahulu, mangsa yang ketika kejadian sedang hamil empat minggu dilaporkan cedera di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.

Difahamkan, suspek Rosmaini Abd Raof yang melakukan perbuatan kejam itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun lalu.

Sumber: TikTok @ziah_zara11 via ohmymedia

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini