Remaja Ini Sanggup Berk0rban Menggalas Tanggungjawab Urus Abangnya Yang OKU Sejak Lahir, Ibu Bapa Lanjut Usia

WALAUPUN sibuk menggalas tanggungjawab di rumah, remaja ini juga cemerlang dalam pelajaran. Remaja ini Muhammad Hakimi Abdullah, 19, sanggup berkorban menggalas tanggungjawab menguruskan abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak lahir memandangkan ibu bapanya sudah lanjut usia dan tiada kudrat untuk melakukan tugas berat itu.

Atas dasar kasih sayang dan menghargai pengorbanan orang tua, pelajar Semester Tiga Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu ini bijak membahagikan masa antara tanggungjawab menjaga abangnya Muhammad Khairul Anuar, 21, sambil mengikuti kuliah secara dalam talian.

Remaja ini juga tidak pernah menganggap amanah yang dipikulnya itu sebagai suatu beban. Yang lebih membanggakan, Muhammad Hakimi berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran dengan memperoleh anugerah dekan pada setiap semester biarpun perlu mendukung Muhammad Khairul Anuar ke bilik air untuk memandikannya sebanyak 2 kali sehari.

Keadaan badan abangnya yang mengherot selain hampir semua tulang badannya mengeras menyukarkan remaja ini mengangkat serta mendukungnya memandangkan bilik air agak jauh dari rumah mereka. Muhammad Hakimi turut mengalami sakit belakang dan lenguh badan kerana terpaksa mendukung abangnya yang mempunyai berat hampir 40 kilogram itu ke bilik air setiap hari.

Ibu Bapa Cuti Menoreh, Urus Anak Oku Jika…

Memandangkan masih belajar, tanggungjawab menguruskan Muhammad Khairul Anuar akan diambil alih ibu bapanya sekiranya Muhammad Hakimi perlu menghadiri kelas atau menduduki ujian penting.

Pelajar ini menghargai pengorbanan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya mengejar cita-cita biarpun terpaksa cuti menoreh di kebun. Jika tidak menoreh, mereka tiada pendapatan memandangkan hanya menerima upah harian. Namun mereka tiada pilihan, Muhammad Khairul Anuar perlu sentiasa diawasi setiap masa.

Cita-Cita Muhammad Hakimi

Muhammad Hakimi yang bercita-cita menjadi jurutera sebaik tamat pengajian, mengakui kehidupan mereka sekeluarga sukar dan sering berdepan masalah kewangan memandangkan ibu bapanya hanya bekerja menoreh getah sepenuh masa dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Remaja ini bertekad untuk berjaya dalam pelajaran supaya mendapat pekerjaan yang baik untuk mengubah nasib keluarga.

Sememangnya golongan asnaf sebegini wajar dibantu.

Jika kita mempunyai kelebihan, berkongsilah kepadanya melalui ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 70 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Semoga beliau terus cemerlang dan dapat mencapai cita-citanya mengubah nasib keluarga. Semoga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga serta para dermawan yang bakal menyumbang buat beliau.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

sumbER: akupapankekunci

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini