Hancuur luluh hati seorang lelaki apabila ternampak teman wanita yang disayanginya bersama dengan lelaki lain di depan matanya sendiri.
Kisah kecurrangan yang viral di Twitter itu turut disertakan dengan beberapa gambar kejadian di mana lelaki malang itu memakai kostum beruang dan berdepan dengan pasangan terbabit.
Berdasarkan tweet itu, lelaki yang memakai kostum tersebut menjalinkan hubungan jarak jauh dengan wanita berkenaan dan dia sanggup menempuuh perjalanan 2,400 kilometer semata-mata mahu memberi kejutan, namun dia sendiri yang terkejut dengan apa yang disaksikannya itu.
Lelaki itu ternampak wanita kesayangannya bermesra dengan lelaki lain membuatkan dia terkedu lalu menanggalkan kepala kostum beruangnya dan merenung pasangan terbabit.
Menyedari dirinya diperhatikan, wanita itu berpaling memerhatikan lelaki berkenaan sebelum tersedar bahawa ‘beruang’ itu adalah teman lelakinya.
Terkilan dan kecewa dengan insiden yang tidak diingini itu, lelaki berkenaan memasang semula kepala beruang itu dan terus beredar
Teman wanitanya cuba mengejar dan mendapatkannya, namun tangan wanita itu ditepis dan dia enggan mempedulikan pujuk rayu teman wanitanya.
Sehinggalah wanita itu memeIvknya, tetapi bagaikan tiada makna lagi peIukan itu jika dibandingkan dengan rasa kecewa di hatinya.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berbaik semula atau sebaliknya.
Berdasarkan gambar, kejadian itu dipercayai berlaku di China dan menurut netizen, lelaki itu sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengannya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.
Netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu dan menasihatkan dia agar tinggalkan saja wanita terbabit. Malah netizen turut hairan, mengapa wanita itu sanggup mengejar teman lelakinya sedangkan dia sudah mempunyai pasangan yang lain.
Tidak kurang juga ada yang mendakwwa itu semua hanya lakonan semata-mata.
Sumber : TheReporter
NAK DAFTAR JUAL T0PUP DAN BAYAR BIL? DAFTAR PERCUMA PR0M0SI
Kelebihan
Boleh jual semua jenis t0pup
Boleh bayar bil air,elektrik,postpaid astro dan banyak lagi
Topup ke nombor sendiri dapat disc0unt
Jual dekat custermer dapat untung
Daftar ejen atau dealer t0pup dapat untung cash dan komisyen mingguan
Wassap no 0172272212 untuk keterangan lanjut.