Perodua Axia Kelihatan Remuk Di Pantai Kuala Nerus Dipandu Seorang Doktor Wanita. Rakan Dia Ceritakan Apa Sebenar Yg Terj4di

Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas Perodua Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

KEADAAN Perodua Axia selepas terjatuh dari tebing dan terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.

Rakannya, Mohd. Azwan Jusoh, 38, berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan berkenaan.

“Mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja. Saya mengetahui tentang kemalangan itu pada pukul 4.50 pagi selepas diminta suami mangsa ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohd. Azwan terkejut apabila mendapati kenderaan rakannya terjunam selain turut dipukul ombak.

VIDEO:

Sumber : UtusanTV via bulletin50times

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini