Per̷ut an̷ak kembung sekali bapanya pi bel̷ah per̷ut anaknya untuk keluargk̷an g̷as..

Bayi yang baru berusia beberapa bulan berada dalam keadaan kritikal selepas ususnya terkeluar angkara tindakan bapanya yang memandai-mandai.

Terdahulu, bapanya mengambil keputusan untuk membelah sedikit perut anaknya berhampiran pusat atas alasan mahu mengeluarkan ‘gas’ selepas mendapati pusat anaknya itu kembung. Lelaki itu percaya, lubang kecil itu akan mengeluarkan gas dari pusat bayi itu.

Selepas membuat belahan kecil itu, bukan gas yang keluar tetapi usus mangsa mula keluar dari perut. Bapanya yang panik, terus membawa anaknya ke hospital.
Sebaik saja tiba di hospital, lebih kurang 40-50 sentimeter usus mangsa sudah terkeluar dari perut dan badannya mula kehitaman.

Mujur doktor berjaya menyelamatkan mangsa dalam pembedahan yang mengambil masa satu jam.

Menurut Ketua Jabatan Pembedahan hospital itu berkata, itu merupakan kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu dan dia menyalahkan bapa mangsa memandai-mandai. Tambahnya, mujur bayi itu dapat diselamatkan sebelum terlambat.

Menjelaskan mengenai pusat mangsa yang kembung itu, doktor berkata itu adalah masalah normal di kalangan bayi dan ia tidak berbahaya. Keadaan itu akan kembali seperti biasa apabila bayi itu meningkat dewasa.

Doktor menasihatkan golongan ibu bapa di luar sana tidak mengambil tindakan sendiri terhadap anak kecil. Sebaiknya bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Shanghaiist, World of Buzz via https://thenota3.blogspot.com/

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini