Penduduk Gempar Dengan Van Mister1 Yang Tiba-tiba Muncul Di Bumbung Perhentian Bas

Penduduk di wilayah Brittany, Perancis digemparkan dengan satu kejadian yang pelik dan kelihatan tak masuk akal.

Beberapa orang penduduk yang mahu menggunakan perhentian bas Place de l’Eglise pada awla pagi terkejut apabila melihat sebuah van berada di atas bumbung perhentian bas itu.

Kejadian itu dilihat sangat tidak masuk akal kerana secara logiknya sangat mustahil sebuah van boleh berada atas bumbung perhentian bas yang tinggi.

Foto-foto van tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial dan beberapa orang telah mengenalpasti pemilik van tersebut, namun mereka masih lagi berteka-teki bagaimana van tersebut boleh berada di atas pertentian bas.

“Ia adalah suatu kejadian misteri. Kami tahu siapa pemilik kenderaan itu, namun tidak tahu bagaimana dan mengapa ia berada di situ,” ujar seorang penduduk.

Segelintir penduduk berspekulasi bahawa kejadian itu adalah disebabkan pemandu mabuk, namun pendapat itu ditolak kerana agak pelik kerana perhentian bas itu kelihatan tidak mengalami kerosakan akibat pemanggaran atau kemalangan.

Misteri mengenai punca van tersebut berada diatas perhentian bas akhirnya terbongkar selepas seminggu kemudiannya. Menurut media Perancis, kejadian itu adalah disebabkan perbalahan perniagaan antara pemilik van dan juga si pelaku.

Menurut Oddity Central, Si pelaku yang berang dengan pemilik van dikatakan sengaja membalas dendam dengan meletakkan van tersebut di atas bumbung perhentian bas itu menggunakan sebuah trak palet.

Pihak polis telah memanggil kedua-duanya, pemilik van dan suspek untuk disoal siasat dan berkemungkinan dikenakan tindakan atad dakwaan membahayakan orang awam.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Mari Baca

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MARI BACA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan