Pelakon & Peny̷anyi 80̷an Am̷an Sh̷ah M̷asuk Hospit̷al Selep̷as Al̷ami Sr̷ang̷an J̷antung

Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah dimasukkan ke Hospital Melaka semalam selepas mengalami srangan jantung di rumah kakaknya di Cheng Perwira, dekat sini.

Aman Shah yang terkenal dengan lagu ‘Kepulangan yang dinanti’ mengadu sak!t dada dan tangan kebas sebelum kakaknya menghubungi ambulans.

Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim, 67, berkata, keadaannya kini dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk keluar dari hospital.

“Alhamdulillah keadaan saya sudah stabil. Srangan jantung ini tidaklah kuat dan doktor pesan untuk saya berehat selepas keluar hospital nanti.

“Buat masa ini saya akan duduk di rumah kakak di Cheng Perwira mungkin untuk satu tempoh yang agak panjang. Saya perlu berehat buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Aman Shah, kejadian semalam adalah yang kedua berlaku, selepas kali pertama dialaminya di Kota Bharu, Kelantan, 10 Oktober lalu.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri dan telah mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Keadaan itu, jelasnya, menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada drama tersebut dan digantikan dengan pelakon lain.

“Saya terpaksa menarik diri kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya agak kecewa juga tetapi apa boleh buat itu bukan rezeki saya,” ujarnya.

Sumber dipetik dari MYKMU, Utusan, mytvviral

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini