N̷aik mu̷ak ti̷ap2 mgu adik ip̷ar dtg rum̷ah. Tolongl̷ah horm̷at priv̷asi sy d̷an su̷ami

Foto sekadar hiasan. Assalam dan Salam Sejahtera kepada pembaca IIUMC. Di harapkan admin dapat siarkan coretan ini peringatan bersama.

Apabila adik beradik kita sama ada abang atau kakak kita berkahwin, fasa perkahwinan 1 – 5 tahun hingga 10 tahun pastinya mencabar. Pada saat ini, masing-masing sedang diuji dengan pelbagai ujian. Tanggungan ahli keluarga bertambah serta career masing-masing akan grow.

Selain career, jumlah hutang juga pasti bertambah. Peringatan dan kisah ini untuk adik ipar dan juga mertua. Jangan diganggu keluarga anak kita. Anak yang belum berkahwin biarkan berdikari. Biar dia rasa susah kehidupan supaya dia lebih menghargai.

Saya bekerja di sektor minyak dan gas di Kuala Lumpur. Keluarga saya hanya kecil. Mak ayah sudah pencen tapi masih cergas bekerja di kampung. Berbeza dengan keluarga suami yg kais pagi makan pagi.

Saya terima suami seadanya walaupun taraf pendidikan dan ekonomi jauh berbeza memandangkan kami berkawan sejak bangku sekolah.

Keluarga saya terima seadanya menantu mereka asalkan lelaki tersebut menjaga saya dengan baik. Saya simpan ketat-ketat cerita rumahtangga saya. Agar tidak dihidu oleh ibu ayah.

Bila saya bekerja dan berjawatan tinggi. Saya ada beli rumah dan kereta. Cukup 1 kereta untuk kegunaan bersama. Suami pula menanggung barang2 dapur, duit sekolah anak, bil utilities.

Hidup saya terganggu dengan kehadiran adik ipar yang sambung belajar di IPTA di ibu kota. Mereka sering mengatur hidup suami saya iaitu abangnya.

Setiap minggu abangnya perlu ambil dia di hostel dan datang rumah saya. Malah 1 bilik di rumah saya sudah jadi bilik dia. Bayangkan, saya penat bekerja setiap hari ulang alik naik LRT. Hari minggu kene melayan adik ipar. Sudahlah tidak pandai membawa diri.

Minum air gelar terbiar bersemut di meja. Kalau makan, pinggan terbiar di dalam sinki. Barangkali dia ingat saya ini bibik dia agaknya.

Adat menumpang di rumah orang, pandai2 la bawa diri. Hidup saya memang amat2 terganggu. Rumah ini milik saya. Tapi saya tiada kebebasan.

Kereta milik saya, tapi hujung minggu tidak dapat kemana-mana kerana suami guna untuk menjemput dan mengambil di hostel.

Kalau saya nk keluar berjalan pasti dia nk ikut. Saya rimas. Kalau boleh, saya nk bawa anak-anak saya je dan suami je. Kalau sebulan sekali, okay la lagi. Kalau tiap2 minggu, naik muak saya tengok muka dia.

Untuk pengetahuan semua, depan2 saya dia cakap dengan abang dia. Dah tamat belajar dia nak tinggal di rumah kami. Nak cari kerja kawasan rumah kami kerana tidak perlu fikir sewa rumah, transport, dan makan minum.

Yaa Allah. Naik stress saya dengan parasit ni. Saya cuba berbincang dengan suami supaya carikan rumah sewa atau bilik sewa. Tapi kami bergduh teruk sampai suami sanggup craikan saya.

Saya sangat stress. Mungkin mereka berdua ni lupa rumah tempat berteduh ini milik siapa.

Pesanan saya, Jangan la diganggu rumahtangga adik beradik. Kalau nak menumpang seminggu dua tu tak jadi masalah. Tapi kalau nak bertunggu tangga rumah adik beradik tu dah kira kacau rumahtangga orang.

Lagi 1, tengok sekali. Rumah tu milik adik beradik kita atau abang ipar atau kakak ipar kita. Kalau milik ipar, adik beradik kita sekadar menumpang. Fikirkanlah. Sebab ipar kita pun punya mak ayah dan adik beradik lain juga nak bertandang.

Adik saya sampai tak nak datang rumah sebab ipar2 dok bertenggek kat sini lama-lama. Sama juga mak ayah saya.

Rumah saya ini bukan lah besar. Apartment 3 bilik. Bayangkan lah. Kalau family saya datang, mana nk duduk kalau ipar duai 2 3 orang dok bertenggek lama2.

Apa reaksi warganet

Nur Idayu, kesian nye sis..rumah dah habis bayar ke sis?kalau ada geran elok lah photostat lepastu frame kan gantung dekat ruangan ruang tamu rumah tu biar nampak jelas nama pemilik nya..lagi elok gantung dekat pintu masuk “bilik” adik tu.

Klu takde geran lagi ambil lah apa2 document yang menyatakan rumah tu milik sis dan buat copy. Lepastu dekat sink ke dapur tampal je kertas warna yang amalan 5s tu. contoh sila basuh pinggan selepas digunakan. mungkin sis bukan jenis mulut lepas kot, kalau saya adik ipar tak adik ipar saya sound direct je tak melalui suami dah. Good luck sis semoga dipermudahkan segala urusan.

Mas Yazid, Sebab tu buat baik berpada2. Silap hari bulan org pijak kepala. Cakap direct je tak pun sindir.. gelas dan pinggan tu adik ipar punya kan. Suruh abg dia yg kemaskan. Kalau pakej longgok baju, ha suruh abg dia bereskan. Bosan kereta kena ambik, pagi2 buta ko start engine usung bawa anak2 pi mana2… Sila la rasa bersalah pada diri sebab biar diri dianiaya oleh org lain.

Fatimah Emma, sis, memandangkan adik ipar tu dah cakap direct nak duk situ lepas tamat belajar, tak pyh pk susah payah cari tempat tinggal/ transport bila nk bekerja nnt, sis pun cakaplah direct harap belajarlah berdikari. ini rumah sis dan perluukan privasi suami isteri.

Suruh suami cakap dgn adik ipar tu suruh berdikari. org mcm ni takkan sedar diri, silap2 besok sis yg kena balik. jd sebelum prah, kita cegahlah dulu. cakap awal2.

Puteri Aina, Sikap suka ambik kesempatan…mmg tak kemana bekas suami sis dan adik beradik dia….sb tu kene selalu ingat, sumber pendapatan keluarga tu dari mana….kalau rasa bukan adik beradik atau anak kita tak perlu nak berlebih2.

Alhamdulilah…mak saya didik dari kecik, jgn terliur harta org….jgn ambik kesempatan atas kebaikan org…berusaha untuk dapat sesuatu walaupun penat kerana ia lebih berkat…insyaAllah…moga dipermudahkan urusan sis…aamiin.

Aini Adam, Ckp terus terang ngan adik ipar…tp jgn sampai terluuka hati masing masing…mungkin dia tsk tahu kehadirannya mengganggu…dia dr keluarga susah…ajar dia dgn elok…tlg kat dapur…mesti akan ada kemesraan antara puan dan adik ipar…ckplah hujung minggu ni bilik tu mak puan nsk guna sb dia nak dtg…jd adik kene tdo ruang tamu lah…kslau dis cerdik..minggu tu dia duduk asrama dia je.

Sofiah Yunus, tak malu betul adik ipar cakap nk cari kerja area dkt dgn rumah supaya xpayah fikir duit sewa makan minum? Kalau sy jadi awk sy mmg sound je la, dh la pengotor, org mcm tu mmg sy halau dh dari rumah. Kalau rasa risau dgn rumahtangga, awk buat masa suami awk xde kt rumah. Kalau adik dia ngadu nnt awk berlakon je mcm tak tahu pape.

Tak payah duk jaga hati org sedangkn hati sendiri tersksa. Suami biasalah mesti nak menangkan adik beradik. Malam2 sebelum tidur tu buat2 mcm cari geran rumah konon2 nak check atas nama siapa. Biar suami awk sentap.

Manusia ni kalau xbuat sampai dia sentap xdenye dia nak sedar. Selagi bole jaga rumah tangga jaga lah sbb tak worth it bercrai sbb org lain. Tapi kadang2 kena tegas la apa yg awk suka dan awk tak suka. Kena cakap kalau simpan dalam hati je org tak tahu.

Salina Hamid, Lately banyak sgt isu tidak puas hati sebegini, saya pon pernah berkeadaan sebegini. Saya tolong lillahhitaala adik2 ipar, sepupu juga anak2 buah dengan memberi tempat mereka berteduh. Saya umpamakan saya dan suami mak ayah mereka di ibu kota ini.

Alhamdulillah setelah 20 tahun Allah SWT permudahkan hidup kami sekeluarga, anak mudah belajar dan mendengar kata, urusan rezeki kami dilancarkan Allah SWT.

Bila toleh kebelakang bercerita dengan anak sulung mcm tidak percaya dulu rumah lama kita ramai yg menumpang namun kita tak pernah rasa terkurang malah ceria dgn kehadiran dan dapat menolong adik2 ipar, anak saudara juga sepupu sedang belajar atau bekerja. Janganlah berkira sgt dgn saudara mara. Kena selalu ingat dalam rezeki kita ada rezeki org lain.

Hazirah Tajul, Bab nak menegur tingkahlaku ipar duai ni memang susah kalau pasngan tak bagi kerjasama. Pada pandangan pasngan tu adik beradik dan seluruh ahli keluarganya semua baik-baik belaka.

Ingatkan je suami selalu biarlah bergaduh sampai nak pecah rumah tu… kot² bila hari² korang laki bini gaduh siap action terbang pinggan mangkuk, terlungkup kerusi meja adik ipar tu pulak yg tak tahan nak hadap, then blahhh dari situ hehe.

Sara Athirah, Malam td saya terdengar Al-Kuliyyah dimana ustaz tu mengingatkan, sebaik baik manusia adalah seorang yg paling kurang menyusahkan orang lain. First tima saya dengar. Rupa2 nya banyak hikmah ustaz tu mengingatkan sempena tahun baru, azam baru kita hendaklah berusaha berdikari dan tidak menyusahkan orang lain.

Masyarakat kita makin tenat nmpaknya, institusi keluarga makin goyah. Harap tt mula ambil tindakan utk ambil balik hak sis yg dipijak pijak. Selagi kita senyap selagi tu adik ipar tu rasa dia boss besar. Iyalah, x pernah dididik utk sedar diri.

Hidayu Ahmad, Kak bah4ya juga ni. Kau slow talk elok2. Try lagi sekali. Kalau tak jadi lagi, try letak geran rumah atas meja makan.

Kalau tak jadi juga, kau cakap direct dengan adik ipar. Kalau husband back up adik ipar, minta mereka berdua pindah keluar.

Senang kan cara saya cakap? Sebab tak kena pada saya. Adik saya pun pernah datang menumpang tapi paling lama 3 bulan je. Kalau kena macam kau tak tau lah kak. Moga kau tabah kak.

Ummi Sajidah, saya dulu selalu jer pergi rumah abg ipar & kakak,kdg bukan sy mmg suruh ambk dekat hostel..tp mrk rela hati ambik & bwk berjalan tp sy reti jaga ank2 dorang..tlg didapur, tlg mengemas..

Mungkin puan kena ingatkan suami yg rumah tu milik puan, kna deal boleh dtg skali jer sbulan & mintak suami ingatkan adik dia ringan2 kan tulang..kalau xbg dtg terus mmg berperang dgn suami

Sumber : Kakak Tulip (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini