‘Mummy, daddy tunggu kami di syurga..’ Abang dan adik2 akan jadi budak baik dan baca (surah) Al-Fatihah

SUDAH tujuh bulan kemalangan meragut nyawa ibu bapa mereka berlaku, namun tiga beradik yatim piatu ini masih terbayangkan insan kesayangan mereka.

Aryan Rizki, 7, anak sulung Allahyarham Surawati Mohd serta Muhammad Noor Idham Ramli apabila ditanya, berkata, mahu jadi anak yang baik untuk berjumpa ibu bapa mereka di syurga.

“Abang tahu daddy (ayah), mummy (ibu) tunggu kami di syurga, jadi abang dan adik-adik akan jadi budak baik dan baca (surah) Al-Fatihah banyak-banyak supaya dapat jumpa mereka,” katanya.

Surawati dan Muhammad Noor Idham meninggal dunia selepas Perodua Myvi dinaiki bersama tiga anak mereka berlanggar dengan lori baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, Rompin, 3 Oktober tahun lalu.

Kini Aryan Rizki dan dua adiknya, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, tinggal bersama nenek mereka, Zainab Mamat, 61, di Kampung Gong Merawang di Rhu Muda, Marang.

Menurut Zainab, kemalangan itu masih menghantui dan memberi kesan mendalam terhadap tiga cucunya.

“Mereka masih ingat dan bercerita mengenai kemalangan itu dan kalau dengar atau tonton berita kemalangan di televisyen, mereka akan menyebut mummy dan daddy terutama Areesh.

“Hanya Allah SWT tahu bagaimana perasaan saya terhadap mereka dan sekarang pun mereka masih cuba menyesuaikan diri, manakala Arfan tidak boleh berenggang dengan saya,” katanya ketika ditemui.

Selain Zainab, tiga beradik itu turut menumpang kasih empat ibu bapa saudara dengan seorang ibu saudaranya turut menjadi ibu susuan Arfan Rakeen.

Allahyarham Muhammad Noor Idham sebelum ini pekerja di hotel berkenaan.

Sementara itu, Noralizan berkata, pihaknya terpanggil untuk melihat perkembangan ketiga beradik itu dan menyampaikan sumbangan hasil kutipan tabung yang diwujudkan untuk membantu mereka.

sumbER:mysumbermaya

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini