Mengaku ber,zin4, wanita berst4tus isteri 0rang diseb4t 100 kali

SEORANG wanita di Aceh Timur, Indonesia disebat 100 kali di atas kesalahan melakukan hubungan seks di luar perkahwinan (berzina).

Sementara itu pasangan lelakinya, yang menafikan tuduhan itu, hanya menerima 15 sebatan.

Kedua-duanya menerima hukuman sebatan pada Khamis (13 Januari).

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rebah ketika terima sebatan atas kesalahan berzin4

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Am di Pejabat Pendakwaan Aceh Timur,Ivan Najjar Alavi, mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap wanita yang sudah berkahwin itu selepas dia mengaku melakukan perbuatan berkenaan.

Hakim mendapati sukar untuk mensabitkan kesalahan terhadap pasangan lelakinya, yang juga sudah berkahwin, kerana dia menafikan semua salah laku, tambah Alavi.

“Semasa perbicaraan, dia tidak mengaku apa-apa, menafikan semua tuduhan. Oleh itu, (hakim) tidak dapat membuktikan sama ada dia bersalah,” kata Alavi kepada pemberita selepas hukum4n sebatan secara terbuka terhadap pesalah undang-undang Syariah itu.

Sebagai hukuman alternatif, sebaliknya hakim mendapati lelaki yang sudah berkahwin itu bersalah kerana ‘menunjukkan kasih sayang kepada pasangan wanita yang bukan isterinya’ selepas pasangan itu ditangkap penduduk tempatan di ladang kelapa sawit pada 2018.

Lelaki itu pada mulanya dijatuhi hukuman 30 sebatan tetapi Mahkamah Agung Syariah di Aceh mengurangkan hukuman kepada 15 selepas dia berjaya mengemukakan rayuan.

Dilaporkan juga, sebatan terhadap pesalah wanita dihentikan seketika kerana dia tidak dapat menahan kesakitan.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mempunyai penduduk majoriti Muslim dan melaksanakan hukuman jenayah di bawah undang-undang Syariah.

Menurut undang-undang Islam, hukuman sebat dilaksanakan bagi kesalahan seperti perjudian, perzinaan, minum arak dan homos3ks. – THE STAR

Tags/Kata Kunci:
zina, Aceh, undang-undang Syariah

sumbER: MSTAR

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini