Membanggak4n dan menginspirasi! Wanita Syria Pertama Jadi Juruterbang Di Usia 21 Tahun Lakar Sejar4h

Membanggakan dan menginspirasi! Wanita Syria Pertama Jadi Juruterbang Di Usia 21 Tahun Lakar Sejarah

Membanggakan dan menginspirasi! Gadis berusia 23 tahun ini membuktikan yang jantina dan hijab bukanlah halangan untuk mengecap kejayaan, lebih-lebih lagi apabila status diri sebagai seorang pelarian.

Maya Ghazal wanita muda kelahiran Syria ini menjadi lambang seorang wanita Islam yang mementingkan pendidikan dan bercita-cita tinggi.

Bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik, kredibiliti wanita ini menarik perhatian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) untuk melantiknya sebagai UNHCR Goodwill Ambassador.

Dia antara barisan gadis muda yang dilantik sebagai duta kepada UNHCR Good Will Ambassador bermula 2021 bagi meraih kesedaran mengenai hak asasi manusia dan juga mewujudkan kesedaran kemanusian terhadap isu pelarian.

Memetik kenyataan UNHCR, Maya telah menyampaikan ucapan yang memberi inspirasi di seluruh dunia kepada khalayak kanak-kanak sekolah kepada negarawan, sekt0r swasta kepada diraja, termasuk di Forum Pemerkasaan Belia WE Day, Forum Sosial Global mengenai Pendidikan, Istana Westminster, Sidang Kemuncak WISE dan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tahun 2019 Maya memberikan ucapan yang penuh inspirasi di TEDxPalaisDesNationsWomen yang mana dia memecah stere0taip dan menawarkan 5 penyelesaian untuk lebih memahami pelarian dan mengapa masyarakat harus melabur dalam potensi mereka yang tiada had.

Sedikit latar belakang mengenai gadis manis berhijab ini, dia merupakan pelarian Syria yang terpaksa meninggalkan negaranya disebabkan perg0lakan pepe.rangan pada 2015 ketika berusia 16 tahun. Kemudiannya dia memulakan kehidupan baru di United Kingdom di bawah skim penyatuan semula keluarga.

Berhijrah dari Damascus, Syria ke United Kingdom di bawah skim penyatuan semula keluarga ketika 16 tahun pada 2015, Maya tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris pada ketika itu. Tapi, dia melakukan inisiatif untuk belajar sendiri dan mengatasi pelbagai halangan untuk mendapatkan tempat di sekolah untuk memulakan semula pengajiannya yang tergendala.

Hasil gabungan kerja keras dan ketabahan dia berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Kejuruteraan Penerbangan dan Pengajian Juruterbang di Universiti di London.

Pada usia 21 tahun pada 2021, gadis ini melakar sejarah apabila menjadi wanita pelarian Syria pertama yang berjaya bergelar juruterbang! Malahan, dia turut komited menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk membela nasib pelarian lain sepertinya hingga sekarang.

Menerusi laman Instagram miliknya beliau berkongsi kisahnya yang menjadi inspirasi ramai. Dedahnya, dia seorang yang sangat mementingkan pendidikan.

“Sepanjang 15 tahun di Syria, Pendidikan adalah satu kewajipan dan sangat penting. Walau negara sedang berg0lak, hanya beberapa hari sahaja saya tak hadir ke sekolah biarpun sedar betapa bah4yanya untuk pergi ke sekolah.

“Saya tidak pernah terfikir penghijrahan ke UK membuatkan saya ketinggalam dalam pendidikan kerana pernah ditolak untuk mengikuti persekolahan disebabkan kerakyatan meski cemerlang dalam akademik.

“Bagaimanapun, saya berjaya meyakinkan guru-guru dan mendapati tempat di dalam kelas kerana bijak dalam pelajaran. Sejak itu, saya kembali mendapat keyakinan diri dan menyedari keupayaan diri di samping percaya saya mampu meraih apa yang saya impikan.

“Pendidikan merupakan satu alat yang saya percaya boleh mengubah dunia! Tanpa pendidikan saya tak mungkin dapat menjadi juruterbang atau jurutera.”

Menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi UN yang memberi ruang untuk bersinar di pentas dunia, ujarnya,

”Ramai pelarian muda yang berju4ng mendapatkan pendidikan tetapi agensi pelarian UN saban hari membantu mereka mendapatkan peluang tersebut.”

Baru-baru ini, Maya berpeluang bertemu bintang terkemuka filem Top Gun, Tom Cruise dan berbicara mengenai kepelbagaian dalam dunia penerbangan ketika dia dijemput menjadi tetamu Silverstone by Toto Wolff (billionaire kelahiran Austria, eksekutif dunia permotoran, pelabur dan bekas pelumba).

Semoga kisah ini dapat menginspirasi mereka yang bercita-cita menjadi juruterbang dan ingin berjaya dalam hidup.

Sumber: harmagidun

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Mari Baca

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MARI BACA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan