Lagi penemuan mangsa lem4s banjir, dua beranak ditemuk4n m4ut

Shah Alam: Angka kematian akibat banjir di Shah Alam terus meningkat apabila dua lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini sehingga jam 6 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pertambahan dua mangsa itu menjadikan korban akibat banjir di daerah ini kini berjumlah 14 orang membabitkan lapan lelaki dan enam wanita.

Katanya, dua mangsa berkenaan adalah ayah dan anak yang ditemui di dalam sebuah rumah teres setingkat.

Sementara itu, Baharudin memaklumkan bahawa sejumlah 4,276 mangsa banjir direkodkan di daerah ini dan 4,080 dihantar ke Pusat

Pemindahan Sementara (PPS) manakala selebihnya memilih lokasi sendiri seperti berpindah ke rumah saudara atau keluarga terdekat.

Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata pihaknya ada menerima 10 laporan mengenai jenayah pecah kedai di Taman Sri Muda.

“Antara yang dipecah masuk adalah kedai serbaneka, kedai perkakasan serta sebuah restoran,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan mangsa. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber HM via dbongkar

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini