Khabar duka.. Saifful Nizam meningg̷al dunia diremp̷uh pacuan empat roda dalam kem̷aI̷ang̷an jalan raya. Salam takzi̷ah buat keluarg̷a

Kluang: “Mangsa sempat memberi laluan bagi membolehkan kereta saya memotongnya. Namun tidak lama kemudian dia dirempuh pacuan empat roda,” kata saksi kejadian kemalangan, Mohd Hanafiah Mohd Sarif, 61.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, penunggang motosikal, Mohd Saifful Nizam Mohd Dahalan, 40, parah dan meninggal dunia sejurus nahas di kilometer 83.8, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini.

Hanafiah berkata, sebelum rempuhan berlaku, mangsa baru sahaja berselisih dan memberi laluan untuk keretanyamemotong.

“Tidak lama kemudian, sebuah pacuan empat roda muncul dari arah hadapan dan cuba memotong kenderaan lain.

Namun cubaannya gagal sebelum kenderaan itu merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Taman Setia Jaya, Simpang Renggam di sini, tadi.

Katanya, mangsa belum berkahwin dan bekerja sebagai pemandu lori kelapa sawit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.40 petang kelmarin.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan 1987,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan mangsa.

sumbER:belumbalik

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini