Kereta kesayangan terhumban ke sungai, reaksi sayu pakcik buat ramai sebak

Setiap orang pasti mempunyai barang atau harta kesayangan yang memang sukar untuk ditukar ganti. Berkemungkinan apa yang mereka miliki itu mempunyai cerita serta sentimental value tersendiri dalam kehidupan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @aiman.paproll apabila berkongsi momen sayu sebuah kereta lama milik lelaki warga emas yang terhumban ke dalam sungai yang berarus.

Kereta kesayangan kemalangan
Walaupun hanya jatuh di pinggir sungai, namun melihat dari ekspresi lelaki itu cukup sayu dan menyedihkan kerana kereta itu adalah kenderaan kesayangannya.

https://www.tiktok.com/@aiman.paperroll

@aiman.paperrollalhamdulillah owner selamat.♬ original sound – Nurlisasuhaimi

Walaupun pemandu kereta iaitu lelaki warga emas itu selamat, namun keretanya habis rosak dan dimasuki air serta sampah sarap selepas terhumban ke sungai.

Satu-satunya kereta yang dipunya
Dia yang cuba membersihkan kereta lamanya itu kelihatan tersenyum kelat kerana melihat kondisi kenderaan kesayangannya.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut, kereta itu sudah digunakan oleh lelaki itu sejak @aiman.paperoll kecil lagi dan pernah beberapa kali menumpang kereta tersebut sewaktu ingin ke sekolah dulu.

https://www.tiktok.com/@aiman.paperroll

@aiman.paperrollkesian pakcik ni..ni la satu2nya kereta yang dia ada..punya sayang dia kat kereta dia ni..kecik2 dlu dia la selalu bawak aku pergi dan balik sekolah..♬ original sound – REZTU SINGGIH

kesian pakcik ni..ni la satu2nya kereta yang dia ada..punya sayang dia kat kereta dia ni..kecik2 dlu dia la selalu bawak aku pergi dan balik sekolah..

Sedih tengok pakcik tu
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa sebak melihat reaksi lelaki warga emas berkenaan apabila mendapati kondisi satu-satunya keretanya berada dalam keadaan sebegitu.

Ada juga yang bermurah hati untuk membantu pakcik berkenaan dan menyuarakan hasrat di ruangan komen bagi mengetahui keberadaan lelaki warga emas tersebut.

Kadang kereta macam ni ada kenangan tersendiri

Ada yang tampil nak bantu

Semoga urusan pakcik dipermudahkan

Teringat dekat ayah sendiri

Sumber: TikTok @aiman.paperoll via ohmymedia

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini