Ibadah sedekah, dengan cara melemp4r duit?

“Macam ni ke adab bagi rezeki?”- Konon ibadah sedekah, habib lempar duit dikritik
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang habib bersama kumpulannya bersedekah kepada pengunjung yang hadir ke sebuah majlis keagamaan sehingga mencuri perhatian ramai.

Habib lempar duit
Menerusi vide0 dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali @saiq-alfaqih_2705, dilihat seorang lelaki dipercayai habib bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah pengunjung yang hadir.

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan habib tersebut melemparkan duit dan ramai berpusu-pusu, malah sanggup bertolak sesama mereka bagi mengambil wang kertas.

Terkejut tengok ending, kon0n ibadah sedekah
Walaupun individu tersebut menutup ruangan komen hantaran berkenaan, namun terdapat pengguna Twitter dikenali @AinulNunanaa dan melahirkan kekesalan akan tindakan yang dilakukan oleh habib berkenaan.

“Allahuakhbar. Memang terkejut tengok ending.

“Komen pula semua duk hype sangat konon ibadah sedekah,”ciap Ainul.

Macam ni ke bagi sedekah?
Rata-rata warganet turut mengkritik tindakan habib tersebut melempar duit kepada orang ramai hadir di situ kerana mereka tidak menjangka ahli ‘agamawan’ sanggup ‘bersedekah’ dengan cara sedemikian.

Dah macam tabur duit kat strip club
Selain itu, ada yang menyamakan tindakan habib tersebut melempar duit persis kelakuan seseorang di sebuah kelab hiburan.

Tu duit sumbangan orang la..
Bagaimanapun, ada individu tampil mempertahankan tindakan habib berkenaan dengan mengatakan duit yang dilemparkan sebenarnya adalah hasil sumbangan orang.

Disebabkan mereka tidak mahu menerima duit sumbangan tersebut, maka ia terpaksa diberi semula kepada orang ramai yang hadir.

Sumber dan rujukan
Twitter @AinulNunanaa, @saiq.alfaqih_2705 VIA OMM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Mari Baca

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MARI BACA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan