Bantu ceriakan Harimau Panjang dalam rumah, pond4n rasa macam duduk dalam penjara 4 5 bulan

Gara-gara melindungi pelarian warga Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger dalam kejadian bulan lalu, seorang lelaki dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Menurut laporan BH Online, tertuduh Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah yang lari daripada jagaan atau yang diperintah supaya ditangkap.

Kredit foto; BH Online

Pertuduhan dibacakan oleh Majistret Nurul Ainna Ahmad itu juga memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun selain denda sekiranya sabit kesalahan.

Peguam yang mewakili tertuduh, Ruzanna Abdul Rahim memohon mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh yang berusia 47 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah serta ia adalah kesalahan pertama.

Pada bulan lalu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid diberkas di sebuah rumah di Sungai Petani sekali gus membawa penemuan Rusli yang juga berperwatakan wanita (pondan).

Dua minggu sebelum itu, Long tiger bertindak melarikan diri dari Mahkamah Tangkak, Johor, ketika menghadiri perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pondan terbabit mendapat upah bagi melindungi lelaki berkenaan selepas sebulan mengenali antara satu sama lain melalui media sosial.

Sumber: BH Online (Izad Thaqif Hassan) , Facebook Berita RTM via ohmymedia

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini