Bahagi̷a 5 t̷ahun k̷ahwin, w̷anita diuji suami hid̷ap k̷anser – “H̷ari2 bertem̷an ̷air mat̷a”

Selain pergaduhan, alam rumah tangga tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi bersama pasangan. Kalau salah seorang jatuh sakit, mesti rasa seperti hilang arah buat seketika.

Bagi seorang wanita Ruby Sara, dia berdepan ujian terbesar dalam kehidupan apabila suaminya Nazmi Husine disahkan menghidap kanser lidah selepas lima tahun mereka berkahwin.

Menerusi posting video di aplikasi TikTok, wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu berkongsi mengenai kecekalan suaminya yang melawan keperitan penyakit itu sehingga lima kali menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Dugaan 5 tahun pertama kahwin adalah benar!

@rubysara1PART 1 ❤️ #tiktokmalaysia #dugaanhidup #couple #foryoupage #fyp #foryou♬ original sound – Ruby Sara

“Dari bercinta hingga kahwin, kami jarang bergaduh. Apatah lagi isu curang. Masing-masing tahu jaga batas tapi Allah Maha Adil.

“DIA uji dengan kesihatan suami. Suami yang tak pernah sakit menghidap kanser lidah. Pembedahan yang ni ambil masa 11 jam. Lidah yang ada sel kanser dibuang hampir separuh dan diganti dengan otot peha,” tulisnya.

Berkongsi lanjut, ibu kepada seorang cahaya mata itu bagaimanapun bersyukur kerana suaminya tidak memerlukan rawatan radioterapi dan kemoterapi berdasarkan keputusan ujian makmal.

“Cuma proses nak sembuh tak semudah disangka.. 5-6 kali buat pembedahan, dua kali masuk ICU. Berat turun hampir 20 kilogram.
“Masa ni segalanya diuji.. dari segi ketabahan, kesabaran dan kekuatan. Asalnya hidup kami bahagia tanpa masalah, lalu hari-hari hanya bertemankan air mata,” katanya.

Ruby berkata, kini suaminya sudah beransur pulih selain memohon orang ramai agar mendoakan lelaki tersebut kembali sihat seperti sebelum ini sekali gus dapat menyara keluarga.

“Doakan semoga suami saya semakin pulih dan kuat seperti dulu. Doakan keluarga kecil kami dipanjangkan umur dan bahagia sehingga akhir hayat,” luahnya.

Posting video berkenaan meraih 1.1 juta tontonan serta lebih 1,000 komen yang turut mendoakan agar kehidupan pasangan itu dipermudahkan kelak.

Sumber: TikTok @rubysara1 ohmedialcc

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini