Setiap kali menjelang tahun baru, pasti ramai yang mempunyai azam untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini.
Ini termasuk penyanyi, Zizi Kirana juga mula mengubah penampilan lebih sopan dan memadam foto yang agak keterlaluan di laman media sosial miliknya.
Terbaru, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan dirinya sedang membaca kitab suci al-Quran dengan lancar.
Akan terus belajar lagi
@kir4n4Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut 😬 InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ❤️ #RahsiaRamadhan♬ original sound – Zizi Kirana
Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 35 tahun itu tidak kekok bertaranum di atas pentas meskipun sedikit gementar kerana itu merupakan pertama kali dia tampil mengaji di kaca televisyen.
“Pertama kali tampil mengaji di kaca televisyen, mahu tercabut lutut. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi,” corentnya di kapsyen.
Manis mengenakan jubah dan selendang labuh, penyanyi lagu Eh itu bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti.
Kelunakan suara yang bercampur ‘serak-serak basah’ membuatkan posting berkenaan dihujani komen warganet yang memuji kemerduan suara Zizi
Sebab tu jangan mudah menilai
Alhamdulillah sedapnya suara Zizi. Semoga apa yang dihajati dan dipilih oleh Zizi dipermudahkan segala urusannya.
SUMBER:DBONGKAR
Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.
Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini