ᴅɪꜱʏᴀᴋɪ ᴀᴅᴀ ᴜɴꜱᴜʀ ᴄᴇᴍʙᴜʀᴜ, ᴍᴀʏᴀᴛ ᴡᴀɴɪᴛᴀ ᴛᴀɴᴘᴀ ᴘᴀᴋᴀɪᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ 50 ᴋᴇꜱᴀɴ ᴛɪᴋᴀᴍᴀɴ ‘ꜱᴄʀᴇᴡᴅʀɪᴠᴇʀ’ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴘᴇᴛɪ ꜱᴇᴊᴜᴋ

May4t seorang ibu muda berusia 19 tahun ditemukan dalam keadaan terikat tanpa pakaian dengan lebih 50 kesan tikaman dipercayai menggunakan pemutar skru, lapor Daily Mail.

Menurut portal itu, wanita tersebut dilaporkan hilang lima bulan lalu di Venezuela sebelum ditemui dalam peti sejuk rumahnya sendiri pada 19 Julai.

May4t mangsa dijumpai di ruangan sejuk beku dalam posisi seakan bayi dalam kandungan, dengan kedua-dua tangan diikat dan kepala berada antara kakinya, lapor portal itu.

Mangsa ditemui oleh bekas pasangannya yang juga merupakan ayah kepada anak lelakinya yang berusia empat tahun selepas melakukan pencarian di rumah wanita tersebut.

Siasatan awal mengesyaki wanita itu telah dibunuh oleh pasangan barunya yang bersikap kasar dan kuat cemburu.

Kehilangan wanita itu tidak dilaporkan susulan mangsa kerap berjalan ke ibu negara (Caracas) sehinggalah bekas pasangannya curiga dengan kehilangan wanita itu.

Lantaran itu, lelaki tersebut dipercayai telah melawati rumah wanita berkenaan sebelum terhidu bau busuk yang mencurigakan.

Dia kemudiannya memeriksa peti sejuk dan menemui jasad mangsa sebelum menghubungi pihak polis ke lokasi kejadian, lapor Daily Mail.

Hasil siasatan awal menemui kesan cap jari dipercayai milik pasangan baru wanita tersebut yang kini dilaporkan telah menghilangkan diri.

Sumber: Daily Mail via siakap keli

Perhatian! Pihak MAIBACA tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini